Cara-cara untuk membuat Kek Coklat Moist Kukus. Anak-anak pasti memuji anda selepas merasai kesedapannya!

Masa tempoh lockdown ni tak boleh ke sana ke mari,anak-anak asyik lapar ja kan. Apa kata buatkan kek coklat moist kukus. Ni resepi cara saya Hazirah Mohd Radzi. Selamat mencuba ya semua.

Bahan A:

  • 3 biji Telur ayam gred A.
  • 1 cawan gula aising(kalau tak da blend halus gula biasa).
  • 1 sudu kecil esen vanilla.
  • ½ cawan susu krimer pekat manis.
  • 1 cawan minyak masak.
  • 1 cawan air panas mendidih.

Bahan B (diayak):

  • 2 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan serbuk coklat/koko.
  • 1 ½ sudu kecil baking powder.
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat.

Cara membuat:

  1. Satukan telur, gula, susu krimer pekat manis dan esen vanilla mixer manja2 ja dalam 1 minit(low speed).
  2. Masukkan bahan B yang diayak kacau guna spatula @ sudip.
  3. Masukkan minyak masak kacau rata.
  4. Akhir sekali masukkan air panas mixer sekajap supaya adunan tidak berketul.
Baca juga :  Cara untuk membuat Popia goreng berinti ketam. Hidangan minum petang yang terbaik untuk anda!

Bahan topping:

  • 100gm coklat dark compound berly’s.
  • 100ml dairy whiping cream(kalau tak ada guna ja susu cair pun boleh).

Cara membuatnya:

  1. Double boilkan coklat kemudian panaskan periuk kukus.
  2. Griskan loyang dan masukkan Kertas baking paper pada loyang saiz 7″. Saya cuma ada loyang bulat ja nak guna petak pun boleh. Tuang semua adunan ke dalam loyang tutup dengan plastik wrap bahagian atas loyang supaya air tidak menitik dipermukaan.
  3. Setelah periuk kukus panas, masukkan adunan dalam periuk kukus dan kukus hingga masak. Saya ambil masa 1 jam 20 minit guna api besar. Pastikan setiap 30 minit air ditambah ke dalam periuk kukus.
  4. Setelah siap dan sejukkan kek boleh tuang topping dan hias cita rasa masing-masing.

Selamat mencuba.

Baca juga :  Resepi Kuah Lemak Lontong

Related posts:

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.