Cara untuk membuat Mee Goreng Basah Terlajak sedap! Save dulu, nanti senang anda nak buat. Terima kasih kepada Resepi Kak Long kerana berkongsi resepi padu ini. Selamat memcuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Mee kuning 1 bungkus dibilas dan tos.
- Sotong 10 ekor dibersihkan, potong dan toskan airnya.
- Fish ball 1 paket dibersihkan, potong dan toskan airnya.
- Sayur sawi jepun 1 ikat dibersihkan, potong dan toskan airnya.
- tomato 1 biji dibersihkan dan dibelah 6.
- Cili kisar 4 sudu besar.
- Sos cili 5 sudu besar.
- Sos tiram 1 sudu besar.
- Sos ikan 1 sudu besar.
- Kicap pekat 1 sudu besar.
- Kicap manis 5 sudu besar.
- Kicap mee 2 sudu besar.
- Air putih 1 cawan kecil.
- Minyak masak 2 sudu besar untuk menumis.
Bahan-bahan tumbuk:
- Cili api 10 biji.
- Bawang putih 3 ulas.
Tumbuk bagi pecah ataupun sampai lumat.
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan kuali dan masukkan minyak 2 sudu besar. Tumiskan cili kisar dengan bahan-bahan tumbuk tadi sampai garing sedikit.
- Masukkan Sos cili, sos tiram, sos ikan, kicap pekat, kicap manis, kicap mee. Seterusnya masukkan sotong, fish ball dan air putih 1 cawan kecil.
- Masak dan kacau-kacau sehingga semua bahan sebati sebati. Masukkan sayur dan kacau lagi
- Akhir sekali masukkan mee kuning dan tomato. Kacau bagi sebati dan masak sehingga anda puas hati. Dah siap!
Masak mee goreng basah ni tak pakai garam gula dan aji sebab rasa kicap-kicap tu semua dah cukup. Selamat mencuba.