Resepi Masak Lemak Cili Padi Udang Nenas ini telah dikongsikan oleh Puan Khadijah Jaafar. Masak lauk ringkas je untuk tengahari ni. Cara cik tie masak ringkas. Mak yang sibuk, beginilah, masak ringkas-ringkas aje.
Jika guna nanas agak kurang masak, celur terlebih dahulu, celur sekejap sahaja, untuk kurangkan masam. Jom masak.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 biji nanas – saiz sederhana.
- 1 ½ mangkuk santan.
- Udang secukupnya.
- 4 ulas bawang merah.
- ½ inci kunyit.
- 7 biji cili api.
Cara-cara untuk memasaknya:
- Blender bawang merah, kunyit, cili api. Masukkan santan, bahan kisar. Kacau sekejap.
- Masukkan nenas. Kacau sehinggalah nampak mendidih sedikit.
- Boleh masukkan udang. Kacau lagi sehingga santan betul2 mendidih hingga udang masak.
- Perasakan dengan garam. Siap!
Hidangkan dengan nasi panas. Selamat menjamu selera ya semua.