Resepi untuk membuat Sambal Belimbing Buluh yang pastinya memikat dan membuka selera anda.

Mak kepada adik ipar, punya biras ialah kakak sepupu kita tu orang pahang. Inilah hasilnya Sambal Belimbing Pahang untuk seisi keluarga. Siapa nak resipi angkat tangan!! Pemilik resepi ini iaitu Puan Suzana Yaakub ada berkongsi cara untuk membuatnya. Selamat mencuba!

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Segenggam ikan bilis.
  • Semangkuk minyak masak.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Bahan-bahan diatas masuk food processor/blender dan kisarkan separuh hancur supaya dapat tekstur sedikit kasar.

  • Segenggam cili vietnam.
  • Segenggam cili siam. Cili campur sebab taknak pedas sangat, nak pakai cili kampung lagi best.
  • 1 biji bawang besar.
  • 5 biji bawang merah.
  • 3 biji bawang putih
  • 3 jenis bawang diatas perlulah dikisar halus.
  • 3 sudu belimbing rebus.
Baca juga :  Dah cuba Ikan Siakap Masak Tomyam ni? Admin memang sarankan anda wajib cuba. Sedap sangat!

Cara-cara memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan ikan bilis sehingga separuh masak.
  2. Masukkan bahan yahg di blend kasar. Tumis sehingga bawang menjadi perang dan sedikit garing. Barulah masukkan belimbing rebus yang dah diblend.
  3. Adjust sedikit garam, gula dan belimbing mengikut citarasa. Biarkan seketika hingga warna sambal sebati menjadi sedikit kehitaman. Haaaa barulah pahangg!!!
  4. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng.

Selamat menjamu selera.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.