Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis. Menu yang boleh dimakan begitu sahaja!


Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis. Menu yang boleh dimakan begitu sahaja! Terima kasih kepada Puan Nurul Ateekah kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Ikan bilis 5 sudu besar ( cuci dan toskan ).
  • Ubi kentang 4-5 biji ( dipotong tipis ).
  • Bawang putih 2 ulas ( dikatok ).
  • Bawang besar 1 biji ( dipotong bulat ).
  • Gula dan Garam secukupnya.

Bahan-bahan cili kisar:

  • 10 batang cili kering.
  • 2 biji bawang besar.
  • 2 ulas bawang putih.

Cara-cara untuk memasak:

  1. Panaskan minyak, masukkan ubi kentang dan gorengkan sehingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
  2. Kemudian, masukkan ikan bilis dan gorengkan sehingga ianya masak rangup. Angkat dan ketepikan.
  3. Gunakan minyak yg sama, tumis bawang putih dan bawang merah sehingga naik bau.
  4. Perlahankan API. Masukkan cili kisar dan masak sehingga pecah minyak @ sambal masak dengan sempurna.
  5. Kemudian masukkan serbuk perasa @ gula dan Gaulkan hingga anda berpuas hati dengan rasanya.
  6. Masukkan ubi kentang, ikan bilis dan bawang yang telah digoreng tadi. Gaulkan kesemuanya sehingga rata dan masak seketika.
  7. Angkat dan siap untuk dihidang.
Baca juga :  Pencuci mulut ni memang popular tau. Apa lagi jom la buat Agar-Agar Santan Gula Melaka yang lembut dan enak!

Selamat mencuba.

 

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.