Cara untuk membuat biskut kegemaran ramai iaitu Biskut Kacang Peas. Sangat sedap weh!

Biskut yang menjadi kesukaan anak buah dan saudara saya setiap kali menjelang hari raya mesti bertanya. Ada buat tak biskut kacang peas? Juga jualan saya suatu masa dahulu sangat disukai. Di sini saya sertakan resepinye. Siapa suka boleh share.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Lina Sahedin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 250 gula ising.
  • 250 serbuk kacang peas.
  • 1/2 sudu besar garam halus atau mengikut citarasa masing-masing.

Gaul rata kesemua bahan di atas ya hingga sebati.

  • 400 gram tepung gandum.
  • 60 gram tepung jagung.
  • 1 sudu teh baking powder.

Ayak kesemua bahan di atas.

  • Minyak masak secukupmnya.
  • 1 penutup esen vanila.

Bahan untuk sapuan dan hiasan:

  • 1 biji kuning telur ditambah setitik pewarna kuning.
  • Kuaci yang telah dibuang kulit secukupnya.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Puteri Ayu Cheese yang menjadi rebutan anak-anak anda nanti.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Buat lubang ditengah-tengah tepung untuk masukkan esen vanilla dan minyak masak. Masuk sikit-sikit dan kacau bagi rata dan menjadi doh yang lembut yang boleh dicanai. Minyak tu tak ada sukatan tau, ikut keperluan sahaja.
  2. Dah siap bolehlah dicanai dan tekap mengikut acuan kesukaan masing-masing.
  3. Sapu kuning telur dan letak hiasan kuaci atau hiasan pilihan kesukaan anda.
  4. Bakar menggunakan api atas dan bawah dengan suhu 160 darjah. Masa bakar ikut setting oven masing-masing ya sebab tak semua oven sama. Apabila bawah biskut dah sedikit perang bolehlah keluarkan biskut dari oven dan sejukkan sebelum disimpan didalam bekas kedap udara.

Selamat mencuba. Kalau nak banyak, boleh gandakan bahan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.