Selamat malam. Alhamdulillah siap membaking kejap tadi. Ada yang teringin pulak. Jadi kita pun buat la Oat chocolate snow cokies ni. Ada orang sebut jejari oat nestum. Apa-apa pun biskut ni boleh dipelbagaikan mengikut citarasa anda sendiri
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Badariah Abd Rahma. Kata beliau, ini adalah antara biskut fav kami sekeluarga.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 1 cawan butter/marjerin ditambah 2 sudu makan minyak sapi. Tak nak takpe ganti guna marjerin je.
- 3/ 4 cawan gula aising.
- 1 1/2 cawan oat dikisar halus.
- 1/2 cawan nestum. Saya ganti serbuk badam dan bubuh badam cicang sikit dalam segenggam.
- 1 sudu makan tepung jagung.
- 1 sudu makan emplec.Kalau tak ada boleh ganti tepung beras.
- 1 cawan tepung gandum di ayak.
- 3 sudu makan serbuk koko.
- 2 sudu makan susu tepung.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Campurkan gula dan butter bagi sebati je. Tak payah lama-lama.
- Masuk semua bahan kecuali tepung. Masukkan tepung sikit demi sikit dan uli lembut. Adunan memang lembut ye. Kalau lembik tambah sedikit tepung.
- Kemudian, Tekaplah guna acuan yang disukai. Panaskan oven dulu.
- Bakar pada suhu 160 darjah menggunakan api atas dan bawah selama 1/2 jam atau mengikut kepanasan oven masing-masing. Bila dah masak masa kuih biskut ni masih suam-suam bolehlah salut dengan susu.
- Untuk menyalutkan dengan susu. GunakanĀ 1 1/2 cawan susu tepong dan ditambah bersama 1/2 cawan gula snow aising. Kalau tak nak gula boleh guna susu je.
Selamat mencuba.