Cara untuk membuat Bendi Goreng Tumis Belacan bersama Udang. Resepi kegemaran anda kelak!

Kegemaran bagi mereka yang mengemari sambal belacan, udang dan Bendi. Makan dengan nasi atau meratah begitu sahaja tanpa disedari ianya akan habis sekelip Mata. Cara untuk bendi tidak berlendir, cuci dan toskan bendi kemudian barulah dipotong.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Nurul Ateekah. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bendi dan Udang secukupnya.
  • Serbuk belacan 1 sudu besar.
  • Serbuk perasa 1 sudu kecil.
  • Serbuk kunyit ½ sudu kecil.
  • Minyak masak secukupnya.
  • *Bawang putih 4 ulas.
  • *Bawang merah 1 biji.
  • *Cili padi merah 4 biji.
  • *Cili merah 1 Biji.
  • *Tomato 1 biji.

Kisar atau tumbuk bahan yang bertanda *.

Baca juga :  Penggemar Ayam Penyet. Ini Rahsia untuk jadikan sambal ayam penyet anda paling sedap dan terbaik!

Cara-cara untuk memasaknya:

  1. Panaskan minyak kemudian masukkan bahan yang telah dikisar tadi. Masak sehingga pecah minyak.
  2. Kemudian masukkan udang dan masakkan ia seketika.
  3. Masukkan serbuk belacan, serbuk perasa dan serbuk kunyit kemudian gaulkan hingga sebati.
  4. Masukkan bendi kemudian goreng dan gaulkan sehingga sebati selama lebih kurang 3 minit.
  5. Angkat dan siap untuk dihidang.

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.