Cara untuk membuat Tongkeng Ayam Goreng Pedas Berempah. Pasti ada peminat menu disini kan?

Betul ke makan tongkeng ayam nih banyak mulut? Sama ada ianya benar atau tidak, kita kena hormat kegemaran makanan mereka yang minat tongkeng ni. Kadang-kadang makan banyak pun tak perasan, boleh ratah macam tu sahaja.

Kebiasaan yang dijual dipasar malam ialah tongkeng goreng ,tongkeng madu dan tongkeng bersalut tepung. Tetapi kali ini Puan Nurul Ateekah berkongsi cara yang lain untuk menyediakan tongkeng ayam pedas berempah yang diperap semalaman.

Apabila digoreng, rasa dan aroma rempah, bawang putih, daun kari akan membuatkan si penggemar tongkeng ayam tidak sabar mahu memakannya. Yang pastinya, sedap dan mudah disediakan. Tengok gambar pun tahu rasanya dah meresap sampai kedalam. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • ½ kilo tongkeng ayam.
  • ½ sudu kecil lada hitam.
  • ½ sudu kecil garam.
  • ½ sudu besar serbuk cili.
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit.
  • 1 sudu kecil serbuk perasa.
  • 1½ sudu besar serbuk kari daging.
  • 1 sudu besar serbuk boncabe (tambahan). Ada dijual di Pasaraya Giant.
  • 1 sudu besar bawang putih (ditumbuk).
  • 2 batang daun kari.
  • Sedikit serbuk pewarna merah.
Baca juga :  Resepi Ayam Kukus Masak Taucu Pedas

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Tongkeng dicuci sehingga bersih. Kemudian, masukkan ½ kilo tongkeng ayam kedalam bekas atau mangkuk yang lain.Campurkan kesemua bahan-bahan yang telah disediakan tadi.
  2. Gaulkan sekata dan perapkan ia semalaman.
  3. Panaskan minyak dan goreng tongkeng ayam sehingga masak.
  4. Angkat dan toskan minyaknya. Siap  untuk dihidang. Boleh dicicah bersama sos cili thai atau lain-lain bahan pencicah yang anda suka.

Selamat mencuba semua.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.