Resepi lengkap untuk membuat Ketupat Sotong. Tidur malam termimpi-mimpi bagi yang pernah rasa.

Sape ritu mintak resepi ketupat sotong? Hokey arini hakak baik hati nak bg resepi versi Cikjijah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Sotong pastikan yang segar tau.
  • Beras pulut agak-agak secawan tak pun tengoklah berapa ekor sotong korang guna.
  • Santan kotak secukupnya.
  • Gula melaka 2 ketul.
  • Daun pandan.
  • Garam.
  • 2 cawan air.
  • Lidi atau pencungkil gigi.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Ok first cuci sotong buang dakwat dia tuh termasuk benda alah kat kepala dia tuh.
  2. Rendam beras pulut dengan air. Saya campur santan sikit dan rendamkan lebih kurang sejam gitu.
  3. Agak-agak beras pulut dah kembang sikit baru sumbatkannya ke dalam sotong. Selepas tu pin kan kepala sotong tu balik dengan lidi atau pencungkil gigi.
  4. Alas daun pandan dekatt periuk dan susun sotong cantik-cantik baru masukkan santan dan air. Jika ada saki baki beras pulut tadi masukkan sekali.
  5. Masak sehingga mendidih baru masukkan gula melaka dan secubit dua garam. Masak atas api sederhana je ya. Intai-intai sikit agak kembang dah beras pulut tu baru tutup api.
  6. Okeh dah siap. Benda boleh buat watpe ngidam teruk-teruk.
Baca juga :  Resepi Lala masak pedas-pedas manja yang padu. Lauk ni satu pun dah cukup nikmat untuk semua!

Gambar semua tu bukan hasil google yer. Tuh semua hasil air tangan hakak. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.