Dah malam-malam gini, anak-anak ni bila ditanya nak makan apa, lancar je kluar dari mulut tu nak carbonara. Seb baik mami ko tahu nak buat carbonara simple camni. Dah lah simple, rasanya sedap creamy gituu. Tak cukup-cukup, minta nak ditambah anak-anak ni.
Cubalah resepi yang telah dikongsikan oleh Puan As ni. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Secekak fettucine.
- Isi ayam secukupnya.
- Sekeping cheese
Sebiji Bawang holland cincang. - Beberapa ulas Bawang putih cincang.
- 2 cawan susu segar. Boleh diganti dengan susu cair.
- Cili padi (optional).
- Sedikit daun ketumbar.
Cara-cara membuatnya:
- Panaskan sedikit minyak. Tumiskan bawang putih, bawang holland dan cili padi.
- Masukkan isi ayam dan masak sehingga isi ayam empuk.
- Tuangkan susu segar. Biarkan ianya mendidih sedikit kemudian masukkan cheese.
- Taburkan sedikit serbuk lada hitam dan mixherbs. Kalau takde, takpe.
- Masukkan fettucine. Slowkan api dan tutup kuali. Biarkan fettucine melembut. Tambahkan air sedikit demi sedikit untuk adjust kepekatan kuah.
- Rasakan garam dan serbuk pati ayam supaya seimbang.
Siap. Senang, cepat dan sedap bercreamy. Anak-anak pasti makan bertambah. Sila lah share dan save ya.