Salam semua. Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Mee sanggul goreng basah. Penuh kuali ni sebab saya guna 8 bungkus. Nak menjamu tetamu. Boleh makan puas-puas. Saya ada share resepi guna 3 bungkus sahaja. Terima kasih kepada Puan Akma Abdullah untuk resepi yang terpadu ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 bungkus mee sanggul. Rendamkan dalam air dulu ya.
- Udang secukupnya.
- 5 biji Telur ayam.
- 3 senduk Cili kisar.
- 2 senduk Sos cili.
- 1 senduk Sos tomato.
- 1 senduk Sos tiram.
- 1 senduk Kicap.
- 1 ikat Sayur sawi dipotong.
- Garam secukupnya.
Bahan-bahan yang perlu dikisar:
- 4 biji Bawang besar.
- 2 ulas Bawang putih.
Cara-cara untuk memasak:
- Panaskan minyak dan tumis cili kisar dan bahan-bahan kisar sehingga masak dan pecah minyak.
- Masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan kicap. Boleh tambah air kalau pekat sangat. Kemudian masukkan garam dan masak sehingga mendidih.
- Kemudian masukkan telur dan kacau bagi hancur. Bila telur dah masak, masukkan udang pula dan bila udang dah masak masukkan mee sanggul. Gaul bagi rata.
- Akhir sekali masukkan sayur sawi. Siap.
Makan nanti perah pula dengan limau. Perghhh merecik. Selamat mencuba.