Buat Homemade Chilli Flakes Yang Confirm Sedap. Mahalnya chili flakes dekat kedai ni, entah sedap dan pedas ke tidak.
Chili flakes atau serbuk kasar cili kering adalah antara bahan yang anda perlukan terutama ketika masak makanan Barat. Tidak kira masak pasta atau macaroni, menambah chili flakes pastinya dapat memberi rasa yang lebih ‘kick’ dan warna dalam masakan. Namun, kalau anda perasan harga chili flakes di pasaran boleh dikatakan agak tinggi. Jadi, kalau nak lebih jimat anda sebenarnya boleh buat sendiri chili flakes ini di rumah dan pastinya mempunyai rasa yang lebih pedas!
MACAM MANA NAK BUAT CHILI FLAKES?
Cari punya cari maka terhasillah homemade cili flakes. MasyaAllah, Puas hati sungguh buat sendiri, bau wangi, biji kurang, rase yang sangat sedap. Tak ada rasa pahit, bau pelik ke apa. Sis dini dah jatuh cinta buat sendiri. Kos pun murah berbaloi. Cili kering sis beli di kedai.
- Selepas basuh cili dan toskan, bakar cili guna kuali pun boleh, guna air fryer pun lagi mudah. Agak agak jer jangan kasi cili hangit ye awak.
- Dah garing cili, patah patahkan guna tapisan supaya senang biji-biji cili tu jatuh. Nanti senang kita ambil cili sahaja untuk masuk dalam blender kering.
- Masuk dalam blender kering, agak agak jangan terlalu kasar atau terlalu halus. Selamat mencuba, sedap sangat buat sendiri. Pastikan cili kering tu fresh ye awak. Tadaaa dah siap.
- Masukkan dalam botol yang ada lubang-lubang senang untuk kita pakai.
Selamat mencuba. Terima kasih kepada Puan Jauharatuddini Taib kerana berkongsi cara mudah ini.