Cara untuk membuat Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap yang sangat rangup dan sedap.

Cara untuk membuat Jeruk Mangga Asam Boi Krup Krap yang sangat rangup dan sedap. Cara ini boleh juga digunakan untuk bual epal dan juga jambu batu. Selamat mencuba. Terima kasih kepada Puan Faridah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 2 biji mangga lemak atau lain-lain buah yang sesuai.
  • 5 – 6 biji cili api. Boleh dikurang atau ditambah.
  • 3 – 4 sudu makan gula pasir.
  • 5 biji asam boi.
  • 1/4 cawan ais krim soda. Nak buh lebih pun boleh.




Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kupaskan mangga, potong atau hiris memanjang, basuh dan toskan.
  2. Masukkan ke dalam balang dan campurkan semua bahan-bahan lain iaitu gula, cili api, asam boi, dan ais krim soda. Simpan dalam peti ais semalaman dan esoknya boleh dimakan. Kalau tak sabar makan je terus gocang-goncang.
Baca juga :  Jom kita sarapan esok pagi dengan Pancake Dorayaki yang sedap elok dan gebu untuk anda sekeluarga!

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.