Cara untuk membuat Sambal Kentang Ikan Bilis Garing

Kali ni kita masak Berlado Kentang dengan ikan bilis. Hujan2 ni memang lapar sokmo. Makan dengan nasi panas pun Dah cukup terangkat ni. Selamat mencuba. Terima kasih NurulAin Alaui.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Bawang merah*.
  • Bawang putih*.
  • Cili api merah*.
  • Cili api hijau*.

Bahan-bahan bertanda diatas perlu dikisar kasar ye. Jangan sampai lumat.

  • Limau kasturi (Option).
  • Garam, gula, ajinomoto secukupnya.



Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Kentang dipotong bulat-bulat tak nipis dan tak tebal sangat kemudian goreng sampai masak. Gorengkan juga ikan bilis sehingga garing.
  2. Kemudian tumis sampai garing bahan kisar tadi. Masukkan garam, gula sikit je, ajinomoto dan perah asam limau. Siapa-siapa tak suka imau tak perlu letak. Saya suka sebab nanti aroma dia wangi je.
  3. Bila Sambal dah garing, boleh la masukkan Kentang dengan ikan bilis yang kita dah siap goreng awal-awal tadi
Baca juga :  Cara untuk membuat Ikan Bilis Goreng Bersambal sira yang sedap. Resepi orang-orang lama!

Jika ada pahala di setiap resepi ni, Saya sedekahkan buat arwah abah saya Hj Alaui Bin Nor. Abahlah yang ajar saya buat masakan berlada ni. Ikan berlada abah memang tersangat sedap. Tak ada siapa boleh lawan. Al Fatihah bah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.