Jom kita cuba buat Kek Cheesekut dengan hanya menggunakan 3 bahan sahaja. Insha Allah anda semua akan gembira menikmatinya bila dah siap.
Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azwaniza Wiwi. Terima kasih.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- Biskut Cheese / Biskut GandumĀ atau apa-apa biskut pun boleh.
- 250 gram Tatura cream cheese.
- 1/2 tin Susu pekat.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Campurkan dan kisarkan Tatura cream cheese bersama 1/2 tin susu pekat sampai kembang dan tak berketul. Susun biskut dahulu untuk lapisan paling bawah kedalama bekas yang bersesuaian.
- Selepas biskut disusun, mulalah melapis berselang-seli dengan bahan krim yang telah dikisar tadi. Angaran dalam 2 – 3 sudu mengikut kebesaran bekas.
- Ulangi langkah diatas sampai biskut / bahan krim tadi habis. Untuk nampak menarik lapisan atas tu boleh la hias dengan Cheddar cheese / rice colour atau lebihan biskut yang dah hancur.
- Sejukkan dulu dalam freezer selama 2 jam dan bolehlah dihidang!