Cara untuk membuat Singgang Ayam Sihat

Resepi Ayam Singgang Campak Tapi Sihat. Ayam singgang ni sebenarnya sama juga cara buatnya dengan daging singgang yang masuk majalah tu.

Selamat mencuba! Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 ketul ayam (potong kecil)/
  • 2 inci lengkuas.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 biji bawang merah.
  • 1 keping asam keping.
  • 1 sudu besar biji ketumbar.
  • Sedikit garam.
  • Air secukupnya.

Cara penyediaannya:

  1. Potong lengkuas bagi halus, mayangkan bawang putih dan merah serta tumbuk biji ketumbar bagi sedikit hancur.
  2. Masukkan ke dalam ayam. Tambahkan air sekadar tenggelam ayam sedikit. Panaskan di atas api yang sederhana.
  3. Bila dah mendidih, masukkan sedikit garam. Bagi ia masak sepenuhnya. Bila dah masak, masukkan cili kering jika suka sebab ia sekadar hiasan sahaja.
  4. Kacau sebati dan dah siap pun untuk menjamu selera. Selamat mencuba semua.
Baca juga :  Cara membuat Nasi Goreng Kampung yang Sedap dan Mudah disediakan.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.