Sambal Udang Pekat Style Cheyah. Selalu kalau buat sambal atau masak merah mesti buat sedikit berkuah kan. Tapi petang ni cheyah buat sambal pekat gini lebih sedap. Udang pun goreng sekejap sebab nak lebih juicy.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.
Bahan-bahan pun simple sahaja iaitu:
- 300 gram udang (18-20 ekor tgk saiz).
- 4 sudu besar cili giling/kisar.
- 3 sudu besar bawang merah kisar.
- 5 ulas bawang putih.
- 1/2 inci halia.
- 1/2 biji bawang besar (potong bulat).
- Sedikit belacan bakar.
- Gula dan garam secukupnya.
- Minyak untuk menggoreng.
Cara penyediaannya:
- Tumbuk halia, bawang putih dan belacan bagi kasar pun takpe. Panaskan minyak dan tumis sehingga kekuningan.
- Masukkan bawang merah dan cili kisar. Kacau sehingga pecah minyak. Baru boleh masukkan gula dan garam secukupnya.
- Dah berubah warna, masukkan bawang besar. Kacau biar lembut dan boleh masukkan udang.
- Kacau sebati. Biarkan selama 10 minit atau udang berubah warna dah settle. Tak perlu masak lama.
Selamat mencuba!