Happy lunch today. Sebelum ni pandai makan je nasi daging. Tapi selepas melihat pelbagai resepi kawan-kawan share. Teringin nak mencuba. Ni cara saya ye. Setelah dicuba, memang sedap lah pulak. So nilah hasilnya.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 5 pot beras Basmathi.
- 1/2 ke 1 kg daging.
- 1 bungkus rempah sup bunjut Adabi.
- 1 sudu besar rempah kurma.
- 1 sudu besar rempah kari.
- 2 bawang besar & bawang putih (hiris).
- 1 inci halia (hiris).
- 3/4 biji rempah 4 beradik.
- 1 biji kecil tomato.
- 4 pot air rebusan daging.
- Garam/ pati kiub ayam secukup rasa.
- 3 helai daun pandan.
- Minyak sapi @ majerin.
Cara-cara membuatnya:
- Rebus daging bersama rempah sup bunjut, rempah kurma dan sedikit garam. Pastikan daging empuk. Simpan air rebusan daging untuk masak nasinya. Basuh beras dan toskan.
- Tumis halia, 4beradik serta bahan hiris didalam periuk nasi hingga naik bau. Masukkan beras dan kacau sekejap.
- Masukkan air rebusan daging dan susu cair (mengikut sukatan di atas). Masukkan daging perisakan dengan garam.
- Tutup periuk & tunggu nasi masak. Sedia untuk dihidangkan.
Resepi Air asam Kerisik:
- Bahan untuk diblend Cili merah, cili padi , separuh tomato dan bawang, belacan, sedikit air.
- Campurkan bahan yg diblend tadi dengan hirisan bawang dan tomato.
- Tambahkan gula+garam+air perahan limau nipis+kerisik.
- Ikut sesedap rasa. Dah siap. Simple kan. Selamat mencuba ye.
Resepi ini telah dikongsikan oleh Shai Anne Ahemed. Terima kasih.