Musim tengkujuh ni sejuk-sejuk sedap makan Sup Ikan Merah. Puas hati hirup panas-panas. Jom cuba!

Sup ikan merah yang simple tapi rasanya memang sedap. Silap-sila ptak cukup nanti. 30 minit siap! Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • Bawang Besar.
  • Halia.
  • Lengkuas.
  • 4 sekawan(bunga lawang/kayu mnis/bunga cengkih/biji pelaga).
  • Sup bunjut.
  • 4 sudu besar lada hitam ditumbuk.
  • Garam.
  • Serbuk Maggi cukup rasa.

 

Cara untuk membuatnya:

  1. Panaskan minyak. Masukkan 4 sekawan dan sup bunjut. Semua bahan lain perlu di hiris dan di tumis sehingga garing.
  2. Masukkan air dan biarkan mendidih sekejap.
  3. Kemudian, masukkan ikan. Tambahkan tomato jika anda suka.
  4. Akhir sekali, masukkan Serbuk lada Hitam, perasa, garam. Seimbangkan rasa dan masak sehingga ikan tadi masak. Siap.
Baca juga :  Resepi Bakso Super Sedap dengan bebola daging yang lembut dan padu!

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Imah Halimah. Terima kasih.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.