Cara membuat Kuih Badak Berendam

Gamaknya setahun sekali saya buat Badak Berendam. Kuih yang senang tapi tak tau kenapa malas je nak buat kalau bukan Ramadan. Saya kepilkan resipi bagi yang belum pernah buat.

Bahan yang diperlukan untuk Inti:

  • 4 keping gula kabung (hancurkan).
  • 2 sudu besar gula putih.
  • 1 helai daun pandan.
  • 1 cawan air.
  • secubit garam.
  • 1 biji kelapa parut.
  • 1 sudu besar air bancuhan tepung ubi.

Cara membuatnya:

  • Masak gula kabung, gula putih, garam dan air sampai gula larut, kemudian masukkan kelapa, kacau 4 minit. Akhir sekali masukkan air tepung ubi.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Kuih Semperit Red Velvet

Bahan utama Badak Beremdam:

  • 4 cawan tepung pulut.
  • 3 sudu besar tepung gandum.
  • Beberapa titik pewarna hijau/ air daun pandan.
  • Air secukupnya. Agak-agak sampai boleh jadi doh. Jangan lembik sangat dan jangan keras sangat. Mudah nak bulat-bulatkan nanti.

Asingkan sukatan sebesar 1 sudu besar setiap biji. Leperkan dan bungkus bersama inti. Panaskan air, rebus bebola ini hingga terapung di permukaan air panas. Setelah itu boleh angkat. Kemudian rendamkan dalam air pada suhu bilik, tapiskan. Asingkan bebola ini.

Bahan untuk Kuah:

  • 1 1/2 kotak kecil santan.
  • 4 cawan air.
  • 1 helai daun pandan.
  • 1 sudu teh garam.
  • 2 sudu besar gula putih.
  • 11/2 sudu besar air tepung jagung.
Baca juga :  Cara untuk membuat biskut kegemaran ramai iaitu Biskut Kacang Peas. Sangat sedap weh!

Masakkan semua bahan dengan api perlahan. Akhir sekali masukkan tepung jagung. Setelah mendidih, tutup api, tuang atas bebola berinti kelapa tadi.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Nawal Lope Zainal Abidin. Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.