Cara membuat Roti Kukus Sangakaya bersama kaya pandan yang padu dan terbaik!

Anda peminat roti sangkaya? Biasanya kalau pergi makan kat kedai Boat Noodle mesti menu ini jadi pilihan utama kan? Roti kukus dicicah bersama sangkaya yang lemak berkrim memang buat selera kita bertambah-tambah.

 

Sebenarnya, tidaklah susah sangat nak buat roti sangkaya ini. Anda boleh hasilkan sendiri di rumah saja kerana ia tidak menggunakan banyak bahan. Apa yang penting, anda boleh simpan dan cicah banyak kali! Pada suri rumah yang nak buat side income, bolehlah jual menu roti sangkaya ini. Dijamin memang sedap dan disukai ramai! Jom, lihat cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 5 helai daun pandan.
  • 1 cawan air (untuk blend dgn pandan).
  • 5 sudu gula.
  • Sedikit garam.
  • 1 kotak kecil santan.
  • 1 biji telur.
  • 1 sudu besar tepung jagung. Nak cantik letak pewarna hijau jika ada.
Baca juga :  Cara untuk membuat Roti Goreng berinti Ayam Keju yang rangup dan mudah disediakan.

Cara-caranya:

Blend daun pandan tapis dapatkan airnya. Masuk semua bahan dalam kuali kecuali tepung jagung buka api kecil kacau rata, bila dah mendidih masukkan tepung jagung kacau sampai likat. Kukus rotiĀ  dan kalau tak nak kukus pun boleh. Letak kaya dalam mangkuk kecil letak sikit susu cair. Sedia dihidang. Siap!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.