Resepi Mee Kari mudah dan sedap untuk anda semua mencubanya sendiri. Selamat mencuba. Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti dibawah ini.

Bahan-bahannya adalah:
- 4 bji bawang merah dikisar.
 - 1 labu bawang putih dikisar.
 - 2 pek serbuk kari daging yang kecil.
 - 1 senduk cili giling.
 - 1 pek 3 sekawan.
 - 2 kiub pati ayam maggi.
 - Fishcake, Fishball dan Tauhu kering secukupnya.
 - Isi ayam atau tulang-tulang ayam.
 - 1 kotak santan 200 ml.
 - Gula & Garam secukupnya.
 - Sedikit air dan ikan bilis segenggam dan dikisarĀ bersama sedikit air tadi sehingga hancur
 
Untuk bahan hiasanya pula adalah sepetti berikut:
- Telur Rebus, Cili merah.
 - Sawi, Taugeh dan Limau kasturi.
 

Cara-cara untuk membuatnya pula adalah seperti berikut:
- Tumis bahan kisar tadi bersama 3 sekawan ,cili kisar dan serbuk kari. Tumis sampai pecah minyak dan naik bau dan masukan ikan bilis yang dah di kisar tadi.
 - Masukkan batang sawi yang dah di potong, batang sahaja tau. Dun dia jangan masuk sekali dalam kuah ni. Masukkan ayam, fishball dan fishcake.
 - Masukkan air dan santan secukupnya, kalau nak kuah pekat atau cair pandai-pandai la sukat air jangan terlebih.
 - Masukkan kiub pati ayam, garam dan gula secukupnya. Kalau suka Ajinomoto boleh masukan sedikit.
 - Akhir sekali masukan tauhu kering. Tunggu sehingga mendidih. Bila dan mendidih tu tandanya dah siap. Boleh la dihidang bersama bahan untuk hiasan tu.
 - Ikan bilis tu adalah rahsia mee kari yang sedap. Saya pun dapat tips ni dari mak mertua adik yang pernah berniaga mee kari satu ketika dahulu.
 

Selamat mencuba.