Cara paling senang untuk buat Nasi Ayam masak dalam Periuk Elektrik je!

Aku suka masak jenis sekali jalan atau “one pot meal” ni. Sekali masak tapi semua ada dalam tu, tak payah nak masak lauk dan sayur pulak. Jadi aku selalu lah main campak-campak. Tak perlu ikut resepi tapi ikut naluri sahaja. Untuk orang yang biasa masak atau mak-mak, campak-campak ni memang standard diorang lah. Tapi untuk nubis, nak juga kena tengok resepi kan?

Nah aku share resepi campak-campak one pot meals aku tengah hari tadi. Resepi “Nasi Ayam Campak Dalam Periuk Elektrik” ala SuperDaddy Khairul Abdullah.

Bahan-bahan untuk projek ini:

  • 2 pot beras dibasuh dan ditoskan.
  • 3-4 ketul ayam dibasuh dan ditoskan.
  • 3 ulas bawang putih dipotong kecil.
  • 2 ulas bawang merah nihiris nipis.*
  • 1 inci halia dihiris nipis.*
  • 1 batang kulit kayu manis dan bunga lawang.*
  • 1 tangkai daun kari kalau suka.*
  • 1 helai daun pandan, tak ada pun tak apa.
  • 1 ketul kiub pati ayam, kalau taknak pun tak apa.
  • 5 sudu minyak masak.
  • 1 biji kentang dipotong kecil.
  • 1 batang carrot di potong kecil.
  • Dan sayur-sayur lain jika ada.
  • Garam secukup rasa.
Baca juga :  Cara untuk membuat Paprik Ayam. Ringkas tapi pasti berebut nak makan bila dah rasa sekali. Sedap tau!

Cara melaksanakannya:

  1. Panaskan kuali dengan minyak masak dan tumis bahan bertanda bintang sehingga naik bau.
  2. Masukkan daun pandan jika ada dan kacau sekejap dan terus masukkan beras dan kacau rata dan tutup api.
  3. Pindahkan beras tadi separuh ke dalam periuk elektrik dan ratakan. Kemudian masukkan ayam, susun cantik-cantik dalam tu dan masukkan baki beras tadi.
  4. Masukkan sayur, karot, brokoli, kentang, tomato atau apa sahaja di bahagian atas.
  5. Bancuh kiub pati ayam tadi dengan air panas dan masukkan bersama 3 cawan air ke dalam periuk nasi tadi. Kalau tak guna kiub pati tu maka tambahlah garam.
  6. Tekan on atau cook dan biarlah sampai dia masak. Jangan dok kacau dia okeh.

Siap dan hidangkan. Senang yakmat. Paling penting budak-budak suka. Cubalah.

Baca juga :  Resipi Nasi Daging Cicah Air Asam. Buat open house atau menu utama memang berselera. Cubalah buat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.