Resepi Agar – Agar Pandan Santan by Mr.Ali. Yang penting sedap, mudah, rasa berlemak. Sebelum tu jangan lupa share, like dan komen ye. Selamat mencuba semua. Jom buat!
Bahan – Bahan yang diperlukan adalah:
- Loyang 8 inci.
- 12 gram agar agar tali.
- 4 cawan air.
- 4-5 helai daun pandan.
- 200ml santan.
- 1 biji telur.
- 125 gram gula / setengah cawan gula.
Resepi ni saya memang kurangkan gula, kalau nak manis boleh lebihkan okay.
Cara – Cara untuk membuatnya:
- Blend 4-5 daun pandan ditambah 1 cawan air. Dah siap blend tapis. Siap air pandan.
- Kacau sebati 200 ml santan ditambah 1 biji telur gred A. Kalau pakai santan kotak, pakai brand KARA. Berlemak elok. Kalau nak blend santan tambah telur pun boleh. Texture lebih halus. Dah siap ketepikan.
- On api, masukan 4 cawan air tambah 12 gram agar – agar tali. Biarkan mendidih. Api sederhana.
- Bila dah mendidih, masukan 125 gram gula + air pandan + santan dan telur + 1 sudu kecil pewarna hijau. Kacau sebati. Kena kacau dulu supaya tak bergumpal.
- Dah sebati. Biarkan mendidih 1-2 minit. Jangan kacau dalam masa ni sebab nak bagi santan dia terpisah dengan air.
- Bila dah 1-2 minit. Off api .Kacau beberapa saat dan terus masukan dalam loyang 8 inci.
- Biarkan set suhu bilik 30-40 minit. Selepas itu baru masukan dalam peti selama 2 jam. Then dah boleh makan.
Selamat mencuba.