Cara untuk membuat Biskut Makmur. Gebu-gebu dan cari dalam mulut!

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat kuih lejen ni iaitu Biskut Makmur. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 3 cawan tepung gandum.
  • 1 cawan susu tepung.
  • 1 tin kecil minyak sapi.
  • 2 sudu minyak mazola.
  • 2 cawan gula icing.

Bahan untuk membuat inti Biskut Makmur:

  • 1 cawan kacang tanah di goreng tanpa minyak kemudian dihancurkan. Caranya gaulkan kacang yang telah dihancurkan tadi bersama gula.

Bahan salut Biskut Makmur:

  • Gula icing secukupnya.

Cara-cara untuk membuat Biskut Makmur:

  1. Sebelum diayak tepung gandum disangai dulu barulah diayak tepung gandum tersebut. Kemudian campurkan susu tepung bersama gula icing tadi.
  2. Kemudian panaskan minyak mazola dan campurkan minyak sapi biar sejuk sekejap dan tuangkan ke dalam tepung yang telah digaul sebati bersama susu tepung. Gaul kesemuanya sehingga menjadi doh.
  3. Ambil sedikit adunan leperkan dan letak sedikit inti kemudian tutupkan dan bentukkan ianya menjadi bulat.
  4. Siapkan loyang dan susun aduanan yang sudah dibulatkan tadi kemudian bakar pada suhu 160 darjah selama lebih kurang 15 minit.
  5. Akhir sekali apbila sudah masak salutkan dengan gula icing dan Biskut Makmur anda sedia untuk di hidang.
Baca juga :  Cara Membuat Cornflakes Butter Madu yang sangat rangup, berlemak dan mengasyikkan!

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.