Begini caranya untuk membuat Doh Roti Arab yang sangat gebu dan sedap. Cicah dengan kari padu beb!

Begini caranya untuk membuat Roti Arab ala Roti Nan yang sangat gebu dan sedap. Cicah dengan kari padu beb! Resepi ini telah dikongikan oleh Muhamad Ismail Mohd Ali. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 300ml susu suam fresh milk atau susu tepung.
  • 8g mauripan yis.
  • 5g garam.
  • 200ml air.
  • 750g tepung gandum.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Di dalam satu bekas, masukkan susu suam, yis, garam dan air, kacau dan biarkan selama 15 minit.
  2. Campurkan bancuhan yis ke dalam tepung gandum dan uli selama 10 minit. Selepas itu, tutup adunan dengan kain dan biarkan adunan naik, dalam 40 minit.
  3. Bahagikan adunan tadi kepada 8 bahagian, dan bulatkan dan ketepikan.
  4. Canai satu persatu dan masak atas pan, balik-balikkan sehingga masak.
  5. Selepas dah siap, sapukan dengan minyak zaitun yang dicampurkan sedikit garam. Siap untuk di makan.
Baca juga :  Resepi Kek Karamel Coklat Moist

Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.