Suka Makan Kulit Ayam Goreng Tapi Risau Lemak? Jom Cuba Kulit Ayam Crispy Guna Telur Sahaja!

Suka Makan Kulit Ayam Goreng? Risau Lemak? Jangan takut resepi ini pasti menjadi kegemaran anda sekeluarga! Terbaik resepi kudapan pengganti kulit ayam sebenar yang banyak kolestrol bahaya tu. Anak-anak pun suka. Percaya sungguh dia menu ni guna kulit ayam sebenar. Resepi ini telah dikongsikan kembali oleh Puan Dalila Bidin.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Telur ayam 4 biji atau mengikut banyak mana yang anda nak buat.
  • Tepung bestari kering secukupnya.
  • Tepung bestari yang telah dijadikan bancuhan secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Dadarkan nipis-nipis telur kita kemudian koyak kecil kecik guna tangan untuk dapatkan bentuk serupa kulit ayam.
  2. Kemudian, celupkan telur dadar yang telah dikoyakkan tadi kedalam bancuhan tepung bestari basah.
  3. Kemudian, terus gaul pula dengan tepung bestari kering sampai semuanya menyaluti telur dadar kita tadi.
  4. Gorengkan sehingga garing. Kena sesuaikan api ya supaya tak hangit dan rentung pula nanti. Dah siap.
Baca juga :  Resepi Nasi Ayam Paling Mudah dan paling sedap! Kombinasi rasa yang sangat lengkap dan padu!

Cicah makan dengan sos cili memang terbaik sangat. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.