Teringin nak makan kek? Jom cuba Kek Marble Kampung ni. Mudah sangat nak buat rupanya!

Teringin nak makan kek? Jom cuba Kek Marble Kampung ni. Mudah sangat nak buat rupanya! Simple je tau tapi kalau dah makan layan habis dek kesedapanya. Terima kasih kepada Puan Fatimah Saari kerana berkongsi resepi hebat ini. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan marjerin.
  • 1 cawan gula ising.
  • 250 gm tepung gandum.
  • 1 sudu esen vanila.
  • 1 sudu kecil baking powder.
  • Telur ayam 5 biji.
  • Pewarna merah, pink dan kuning atu warna yang anda suka.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang.
  2. Kemudian, masukkan telur satu persatu sambil putar.
  3. Masukkan esen vanila dan putar sehingga sebati
  4. Akhir sekali masukkan tepung bersama Baking Powder yang telah diayak dan kaup balik je kemudian sebatikan.
  5. Bahagikan 3 bahagian untuk diwarnakan kemudian masukkan dalam loyang bulat saiz 8 inci. Lapik baking paper dalam loyan dan bakar selama 40 minit atau sehingga masak pada suhu 170 darjah. Dah siap!
Baca juga :  Resepi dan Cara Membuat Sandwich Telur Viral

Selamat menjamu selera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.