Esok pagi nak sarapan apa tu? Kalau belum ada menu, jom kita cuba Nasi Goreng Cili Padi Ikan Goreng!

Resepi nasi goreng cili padi ikan goreng ni. Gerenti sedap dan menambah pinggan. Tak percaya. Try la buat. Saya ni esok suami suruh masak lagi. Saya pernah masak nasi goreng versi lain tapi semua kata, kena masak nasi goreng resepi mak juga. Baru sedap. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Noratiqah Nordin. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Nasi sepinggan penuh.
  • Cili ikut kepedasan yang anda nak.
  • 1 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • Belacan.
  • 1/2 kiub ikan bilis.
  • 1/4 cwn ikan bilis tebal.
  • Ikan bilis (jika suka).
  • Garam secukupnya.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Blend semua bahan. Kecuali kiub ikan bilis dan telur. Saya pakai chopper je. Kalau tak ada tumbuk pun boleh.
  2. Kemudian, panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah dikisar tadi.
  3. Masukkan isi ikan. Jangan letak tulang sekali ye. Kita ambil isi sahaja dan gaulkan sebati hingga bahan tumis dah masak.
  4. Seterusnya, masukkan kiub ikan bilis dan garam kemudian seimangkan rasanya mengikut selera tukang masak.
  5. Masukkan telur dan sambung gaul sehingga telur masak.
  6. Akhir sekali masukkan nasi dan gaulkan sebati sehingga masak. Bila dah puas hati bolehlah tutup api.
Baca juga :  Resepi dan Cara membuat Cucur Udang Garing diluar dan Gebu didalam

Selamat mencuba ya.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.