Cara untuk membuat Nasi Arab Kabsah paling lengkap dan sedap!

Nak share resepi NASI ARAB KABSAH simple cara saya masak, senang dan mudah disediakan. Rempah Kabsah tu boleh dibeli di pasaraya. Ada jual rempah tu. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hidayati Hana. Selamat mencuba semua.

Bahan-bahan dan cara untuk Ayam Bakar Kabsah: 

  1. Rebus 1 ekor ayam yang telah dipotong 4 bahagian.
  2. Ayam yang dah direbus tadi dilumurkan dengan 2 sudu besar rempah Kabsah, 2 sudu besar tomato puri, sedikit bawang besar, bawang putih dan halia yang telah dikisar, 2 sudu besar minyak masak dan garam secukup rasa.
  3. Gaul sebati dan perapkan sekejap. Bakar pada suhu 180 darjah selama 1 jam. Selepas 30 minit pertama, terbalikkan ayam. Air rebusan ayam simpan untuk masak nasi pula nanti.

Bahan-bahan dan cara untuk Nasi Kabsah:

  1. Untuk Nasi Kabsah rendam beras Basmathi selama setengah jam, basuh dan toskan airnya.
  2. Panaskan minyak masak, tumis 1 biji bawang holand yang diricih halus, buah pelaga, 3 sekawan (bunga lawang, buah pelaga, kulit kayu manis). Masukkan 2 sudu besar Tomato puri dan 1 sdu besar rempah kabsah.
  3. Masukkan beras dan air rebusan ayam tadi. Masukkan 3 biji cili hijau dan perasakan dengan garam mengikut selera anda.
  4. Alihkan kedalam periuk nasi dan masak macam biasa. Anggaran air untuk beras basmathi bersamaan 1 cawan beras sama dengan 1.5 cawan air.
Baca juga :  Resepi dan Cara untuk Membuat Nasi Kabsah Kambing atau Ayam. Kesedapan dia memang takleh dinafikan!

Bahan-bahan dan cara untuk membuat Sup Kabsah:

  1. Tumiskan 1 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih, 3 sekawan sehingga garing. Masukkn 1 sudu besar rempah kabsah dan air rebusan ayam tadi.
  2. Masukkn ayam yang dipotong kecil tadi bersama garam dan 1 kiub pati ayam.
  3. Biarkan hingga sup masak dan taburkan daun ketumbar/daun sup.

Cara dan bahan untuk membuat Sahawak iaitu Sambal Arab:

  • Kisarkan 10 biji cili padi (kalau nak pedas boleh letak lebih) bersama 2 biji cili merah, 2 biji tomato, 3 ulas bawang putih, daun ketumbar/ daun pudina sikit, 1 sudu kecil serbuk jintan putih dan garam. Kisarkan semua tanpa air. Saya goreng dulu semua bahan baru kisar.

Cara dan bahan untuk membuat Salad Arab:

  1. Potong dadu 1 biji timun jepun, 2 biji tomato, 1 biji bawang besar, sedikit daun ketumbar ( jika suka).
  2. Masukkan garam sedikit dan perahan air lemon. Dah siap semua.
Baca juga :  Cuti-cuti ni jom kita cuba Resepi Ayam Masak Butter yang sangat menyelerakan!

Jadi bila semua bahan dah siap boleh la kita makan bersama keluarga tersayang. Selamat mencuba.

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.