Kalau beli jagung krim, kebiasaannya kita akan buat puding kastard jagung kan. Disebabkan dan biasa sangat buat resepi tu, As try pulak buat puding kastard jagung roti ni. Alamak, sedappp pulak. Sebekas tu kejap je abis. Rasa lemak berkrim dan makan sejuk-sejuk memang asyikkk. Manisnya pun secukup rasa.
Jadinya, As nak share resepinya ngan kawan-kawan tersayang. Jom kita cuba resepi yang telah dikongsikan oleh Puan Asrinna Bakri ini. Selamat mencuba.
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
- 3 keping roti putih.
- ½ tin susu cair.
- 1 biji telur.
- 1 ½ sudu besar tepung kastard.
- 1 sudu kecil esen vanila.
- ½ tin jagung manis.
- ¾ cawan gula.
- 700ml air.
- 1 pek / 10g serbuk agar-agar.
- Pewarna kuning, oren dan hijau.
Cara-cara untuk membuatnya:
- Griskan atau sapu nipis marjerin didalam bekas acuan puding. Buang kerak tepi roti. Kemudian, potongkan roti kepada kiub kecil.
- Kisar halus potongan roti, susu cair, telur, tepung kastard, esen vanilla, jagung manis dan gula. Kisar bahan sehingga betul-betul halus.
- Masakkan air dan serbuk agar-agar. Kerapkan menggacau supaya adunan tidak berketul. Bila agar-agar dah larut, masukkan bahan kisar dan masakkan dengan api yang perlahan. Gaul sehingga adunan menjadi pekat dan mendidih.
- Bahagikan kepada tiga adunan untuk diletakkan pewarna. Adunan dijadikan warna oren, kuning dan hijau.
- Masukkan adunan yang pertama iaitu yang berwarna oren. Ratakan adunan tersebut didalam bekas pudding. Masukkan kedalam peti sejuk sehingga agar-agar oren sejuk dan keras.
- Ulang langkah utk lapisan berwarna kuning dan hijau. Selesai ketiga-tiga lapisan, sejukkann puding dalam masa anggaran 3 jam.
Saya buat 2 adunan. Ada lebih skit adunan tu, saya tuang dalam bekas lain pulak. Selamat mencuba uolls. Ajak anak-anak sekali pun best. Selamat menjamu selera.