Semalam kan ada lebihan semangkuk santan yang buat bubur tu. Apa lagi cheyah try la gulai kurma yang dah lama tak buat. Rupanya sedap sangat bila buat kuah pekat-pekat.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1/4 bahagian ayam (potong kecil).
  • 1 mangkuk santan cair.
  • 1 peket serbuk kurma adabi.
  • 4 ulas bawang putih.
  • 1 inci halia.
  • 4 biji bawang merah.
  • 2 biji ubi kentang dipotong dua.
  • 1/2 biji lobak merah.
  • Hirisan cili jika suka.
  • Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaannya:

  1. Tumbuk bawang putih bersama halia. Manakala, bawang merah dimayang. Tumis sekali hingga naik bau dan kekuningan.
  2. Bancuhkan serbuk kurma dengan sedikit air. Masukkan dalam tumisan bawang. Goreng sehingga ia pecah minyak.
  3. Kemudian, boleh masukkan ayam. Kacau sebati dengan rempah. Biarkan seketika dalam 2 minit dan baru boleh tambah santan.
  4. Kacau sebati, tambahkan ubi ketang dan lobak merah. Masukkan serbuk perasa gula dan garam. Biarkan ia reneh sehingga ayam masak dan ubi kentang empuk.
  5. Bila dah semakin pekat kuahnya. Boleh tutup api dan tabur hirisan cili tadi. Dah siap! Selamat mencuba.