Mesti anda suka makan sengkuag calit ni kan. Tepi jalan pun dah banyak yang menjual. Memang memori sungguh. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Rozmaliza Omar. Kata beliau;

Pagi-pagi lagi kita letak gambar Sengkuang Calit Sos Merah biar semua terliur tengok. Rasa pedas-pedas manis masam wangi bau kacang dengan rangup sengkuang. Adoi meleleh air liur weh. Nah Resepi Sengkuang Sos Calit Merah untuk anda semua cuba.

Bahan-bahan untuk membuat Sos Merah:

  • 2 cawan sos merah jenama Buah Labu.
  • Sedikit Asam Jawa Adabi.
  • 2 cawan sos cili.
  • 1 1/2 cawan gula.
  • sedikit belacan besar ibu jari.
  • 3 sudu besar cili kering di mesin.
  • 2 sudu tepung jagung dibancuh dengan sedikit air.
  • Kacang tanah yang telah dihancurkan untuk hiasan.

Cara-cara untuk membuatnya:

  1. Campurkan kesemua bahan kecuali tepung jagung dan masak diatas dapur.
  2. Bila dah agak masak tambahkan tepung jagung dan biarkan pekat sedikit. Bila dan pekat tutup api dan biarkan ianya sejuk.
  3. Potong sengkuang yang nak dimakan dan sapukan sos merah. Jangan lupa taburkan kacang tumbuk diatas sos tadi. Baru sedap.