Mesti ramai penggemar makanan dari Pantai Timur ni kan? Antaranya mestilah resepi Ikan Singgang. Jom cuba Singgang Ikan Pedas ni versi Negeri Terengganu. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 4 ekor ikan kerisi.
  • 5 biji cili api.
  • 4 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 1 inci lengkuas.
  • 1/2 inci kunyit.
  • 3 cawan air.
  • 5 keping asam gelugor.
  • Garam secukup rasa.
  • 2 kuntum bunga kantan (Dibelah 2).
  • 8 tangkai daun kesum.

Cara Membuatnya:

  1. Ikan kerisi dibuangkan sisik dan dibersihkan. Kelarkan.
  2. Masukkan ciliapi, bawang merah, bawang putih, lengkuas, kunyit dan 1 cawan air ke dalam pengisar. Kisar halus.
  3. Masukkan bahan kisar, asam gelugor, 2 cawan air dan garam ke dalam periuk dan masak sehingga mendidih.
  4. Masukkan ikan, bunga kantan dan daun kesum ke dalam periuk.
  5. Biarkan mendidih lagi dengan perlahan-lahan selama 5 minit.
  6. Hidangkan.

Selamat mencuba. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Hanieliza Kamarudin‎. Terima kasih.