Kami kongsikan kepada anda Resepi Singgang Daging Original dari Kelantan. Insha Allah boleh la hilangkan mengidam anda dalam musim-musim PKP ni ya. Jom kita lihat resepinya dibawah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • 1/2 kg daging – hiris/potong kecil *.
  • 1½ inci lengkuas – diketuk *.
  • 1 inci halia – hiris memanjang, kecil-kecil*.
  • 2 sudu besar ketumbar – ditumbuk kasar *
  • 3 ulas bawang putih – dimayang *
  • 4 ulas bawang merah – dimayang*
  • 3 tangkai lada kering – ditumbuk bersama ketumbar (tidak lumat) *.
  • 3 keping asam keping
  • Garam dan gula.
  • Serbuk perasa dan budu ( jika suka).
  • Air secukupnya.

Cara menyediakan singgang daging ini seperti berikut:

  • Semua bahan bertanda * tu masukkan dalam periuk dan digaul bersama daging tanpa air.
  • Rebus bersama daging tanpa air sekejap. Rahsia kesedapan singgang sebab rasa bahan2 masuk ke dalam daging.
  • Masukkan air.
  • Biarkan sehingga daging empuk.
  • Masukkan garam dan asam keping. Masak lagi sehingga betul-betul empuk.
  • Boleh letak serbuk perasa dan budu.
  • Lepas tu tutuplah api. Boleh dihidangkan.

Info tambahan:

  • Garam dan asam tidak dimasukkan awal untuk elak daging jadi liat.
  • Makan dengan nasi panas tau. Konpem, tersandar! Selamat mencuba.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Eyra Mamadil melalui Facebook Aku Masak Ko Yang Panas dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.