Resepi Roti Kopi Ala-ala Paparoti. Rangup-rangup lembut dengan rasa mentega!

Waktu cuti Perintah  Kawalan Pergerakan (PKP) ni anak-anak teringin pula nak makan paparoti. Jadi gigih la mamana ni cuba buat sendiri di rumah. Alhamdulillah menjadi. Jadi saya kongsikan resepi untuk membuat Roti Kopi Ala-Ala Paparoti untuk anda semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah seperti berikut:

  • Tepung Gandum 250 gram.
  • Gula 50 gram.
  • Susu segar 150 gram.
  • Telur kuning sebiji.
  • Yis Mauripan 1 sudu.
  • Mentega 30 gram.

Kesemua bahan di atas ini di masukkn ke dalam besen kecuali mentega. Pukul semua bahan tadi sehingga rata kemudian barulah dimasukkan mentega dan pukul lagi sehingga sebati. Uli doh tadi menggunakan tangan sampai tidak melekat. Tutup dengan tuala lembab selama lebih kurang 40 minit. Selepas 40 minit. Letak sepotong mentega (salted butter) didalam dan bulat-bulatkan kan. Susun dalam tray dan tutup semula dengan kain lembab tadi selama 10 minit pula dan biarkan.

Baca juga :  Gebunya kan kek ni? Jom ikuti cara mudah dan lengkap untuk membuat Butter Sponge Cake!

Bahan-bahan untuk toping kopi pula adalah seperti berikut:

  • Mentega 60 gram.
  • Gula 30 gram.
  • Serbuk nescafe 2 sudu dicampur bersama 2 sudu air suam.
  • Telur sebiji.
  • Tepung gandum 70 gram.

Pukul mentega bersama gula sehingga kembang dan masukkan telur sebiji tadi dan pukul kembali. Masukkan air bancuhan nescafe tadi kemudian akhir sekali masukkan tepung. Kacau semua bahan tadi sehingga sebati. Selepas siap, masukkan bahan tadi ke dalam piping beg. Pipingkan dari tengah secara melengkar di atas adunan roti tadi. Bakar di dalam oven menggunakan suhu 170 darjah selama 20 minit. Gunakan api atas bawah.Jika perlu tambah 10 minit api bahagian atas sahaja untuk mendapatkan kesan roti yang rangup dan hangus.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Juju Minhad melalui Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN) dan disunting bagi penyesuaian pembacaan.

Baca juga :  Cara untuk membuat Kopi Susu (Latte) Kampung yang mengasyikkan. Boleh bikin ketagih tau sebab terlalu sedap!

Related posts:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.