Peminat Air Nescafe Panas. Ini rahsia dan teknik untuk jadikan air nescafe anda lembut dan lemak berkrim!

Terima kasih pada yang share cara untuk membuat Air Nescafe yang sangat sedap ni. Memang sedap amat. Saya suka minum versi panas (cappuccino). Smooth texture nescafe ni seakan air yang dibuat oleh barista yang ternama.

Saya buat banyak sikit. Extra boleh simpan seminggu dalam peti sejuk. Saya sertakan step by step untuk membuatnya. Cara ini telah dikongsikan semula oleh Puan Safillah Alivi. Terima kasih.

1. Saya guna Nescafe jenis decaf ni. Lembut je texture dia.

2. Saya guna brown sugar.

3. Masukkan 4 sudu Nescafe ditambah bersama 4 sudu brown sugar kedalam mangkuk atau bekas yang sesuai.

4. Kemudian, masukkan air panas sebanyak 4 sudu.

Baca juga :  Peminat Air Neslo Karamel. Resepi ini untuk anda. Padu bak hang!

5. Sebatikan kemudian kisar menggunakan mixer. Kalau nak naikkan muscle boleh juga guna tangan. Mixer sampai kembang tau.

6. Mixerkan sampai gebu macam ni. Bila nak pakai untuk buat minuman nanti ceduk je.

7. Hot cappuccino. Panaskan susu kemudian letakkan adunan Nescafe kembang tadi. Bancuh hingga sebati. Sedap smooth texture air ni. Sesuaikan rasanya mengikut kegemaran anda. Guna susu segar macam Farm Fresh atau Dutch Lady ye. Bukan susu pekat manis. Diabetes pulak nanti. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.