Resepi Sahur ringkas dan terlajak sedap. Nasi Goreng Cili Kering untuk anda

Kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat menu paling simple dah mudah. Cepat dan paling penting sedap. Antara menu kegemaran saya iaitu Nasi Goreng Cili Kering. Terima kasih kepada pemilik resepi iaitu Puan Novelis Afieyza Isahak. Katanya;

Tadi adik telepon, tanya ada lauk apa di rumah. Dia kata, kalau kak ngah nak masak apa masak la. nanti dia makan sambil gelak. Terus saya jawab, kak ngah malam tak makan nasik dah. Tapi akhirnya jadilah Nasik Goreng Cili Kering. Makan berdua dengan dia. Kesian dia makan sorang-sorang. Sorang lagi tunggu sampai tertido.

Cara-cara untuk membuat Nasi Goreng Cili Kering.

Nasi sejuk digaul dengan garam dan sedikit air. Bagi basah nasi tu sedikit biar lembab. Untuk mudah ratakan garam dan senang nak adjust kemasinan.

Baca juga :  Dah jemu makan bihun goreng yang biasa? Jom cuba Bihun Goreng Siam pulak!

Kemudian, gorengkan telur ayam menjadi separuh hancur dan ketepikan. Goreng pula kacang buncis dan ketepikan. Untuk bagi ranggup bila makan nanti.

Cili kering digunting kasar dan rebus. Toskan dan tumbuk kasar bersama bawang besar, bawang putih seulas dan belacan. Tumbuk jangan sampai lumat.

Tumis bahan tumbuk sehingga pecah minyak. Tambah sedikit air dan masukkan gula mengikut kemanisan yang disukai. Masukkan nasi dan kacau rata.

Kemudian masukkan telur dan kacang buncis tadi. Kacau bagi sama rata. Siap.

Boleh tabur daun bawang atau dau sup dan bawang goreng diatas nasi sebelum dijamah. Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.