Resepi Nasi Ayam Hainan. Resepi Nasi Ayam boleh mengenyangkan seramai 10 Orang.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Encik Naim. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 4 Cawan Beras Wangi/Biasa.
  • 4 Cawan air.
  • 4/5 Paha Ayam.
  • 1 bawang besar holland (Potong 4).
  • 2 kiub ayam maggi.
  • 3 inci halia (Potong halus).
  • 2 sudu sos tiram.
  • 1 tangkai daun bawang.

Cara memasaknya:

  1. Campur semua, letak ayam, bawang, daun bawang d atas sekali.
  2. Masak dengan api perlahan 25 minit atau sehingga nasi masak. Tutup kuali/periuk dengan penutup kuali naa..
  3. Ayam boleh goreng utk bagi garing kulit atau biarkan stim dan boleh potong ikut suka.

Bahan untuk memasak Taugeh / Sayur pula:

  • 4 ulas bawang putih.
  • 2 sudu sos tiram.
  • 2 sudu minyak.

Cara memasaknya:

  1. Bawang putih potong dadu, goreng dengan minyak.
  2. Masukkan sos tiram, goreng sekejap.
  3. Masukkan sayur.

Hehe selamat mencuba. Terima kasih. Resepi ni tak perlu garam atau gula ya.