Cara untuk membuat Kuih Tepung Bungkus

Kami kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Tepung Bungkus. Selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 cawan tepung beras.
  • 4 cawan santan segar.
  • 1 sudu garam.

Bahan untuk Inti kelapa pula adalah seperti berikut:

  • 1 biji kelapa (putih sahaja).
  • 1 cawan gula merah.
  • 1 1/2 air.
  • 1/2 gula pasir.
  • Secubit garam.
  • 2 helai daun pandan.
  • 1 sudu tepung gandum.

Cara-cara membuatnya:

  1. Kacau santan, Tepung Beras & Garam. Masak atas api bg pekat.
  2. Untuk inti, Panaskan gula merah, gula pasir, daun pandan, Secubit garam. Dah cair semua Masukan Kelapa kacau sebati. Keringkan air. Kemudian masukan tepung gandum. Inti buat siap-siap sehari sebelum nak buat tepung bungkus.
  3. Satukan doh dan inti bersama atas daun pisang dan bungkus, kemudian kukus selama 10-15 minit hingga naik wap. Bila dah masak, boleh hidang.
Baca juga :  Resepi Kuih Dangai atau Kuih Rangin. Bau dia je dah boleh buat terliur selera semua!

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.