Lepat cendol versi acuan lompang. Duk bandar susah cari daun pisang, kita tukar kaedah letak dalam acuan lompang je, saja tambah kacang merah. Nah Resepi Lepat Cendol Versi Acuan Lompang.

Terima kasih Puan Hanna Rahman.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  •  1 cawan tepung jagung.
  •  2 sudu besar tepung hoen kwe (boleh google).
  • 1 cawan gula.
  • 5 1/2 cawan santan. Saya pakai santan kara kotak kecik bancuh dengan air, nak guna santan fresh pun boleh.
  • 1 sudu kecil garam.
  • Daun pandan disimpul.
  • 1 paket kecil cendol.
  • 1 tin kacang merah.

Cara-cara untuk membuatnya:

  • Basuh cendol & kacang merah, dan toskan.
  • Satukan semua bahan kecuali cendol & kacang merah.
  • Kacau semua bahan sehingga sebati dan tiada ketulan.
  • Masak menggunakan api kecil sehingga pekat dan berbuih letup-letup. Sentiasa kacau agar adunan tak berketul.
  • Masukkan cendol & kacang merah.
  • Tutup api dan boleh tuang dalam acuan.
  • Sejukkan dan sedia dimakan.

Selamat Mencuba semua.