Alhamdulillah. Rezeki Nasi Ala Kak Wook hari ni. Masak sendiri je. Memang sedap. Kawan-kawan cubalah. Resepi ni saya google je.

Nasi putih berlaukkan Ayam Goreng kunyit yang dipotong saiz dadu, lengkap dengan kuah gulai pekat dan sambal belacan. Perghhhhh sape je yang tak cair konfom meleleh walaupun lauknya agak simple. Ini resepi untuk Nasi Ala kak wok bagi sesiapa yang tidak tahu dan ingin mencuba.

Resepi Gulai Ayam Ala-ala kakwok. Bahan-bahan:

  • Bawang bombay – 4 labu.
  • Bawang putih – 5 ulas.
  • Halia – 1 inci setengah.
  • Lengkuas – 1 inci setengah.
  • Rempah kari daging – 3 sudu.
  • Rempah kerutub – 1 sudu.
  • Kacang panjang – potong.
  • Terung potong kecil.
  • Leher ayam, kaki ayam, sayap dan paha dipotong kecil.
  • Santan (jangan pekat sangat).
  • Garam dan kiub ayam.
  • 1 Nisan Kerek / Gula Melaka.

Cara-cara Penyediaan:

  1. Blend bawang merah putih halia & lengkuas hingga lumat dan tumis sampai wangi.
  2. Rempah kari & rempah kerutub bancuh dengan air dan gaul pada ayam, perap sekejap.
  3. Kemudian masukkan kedalam bahan bahan yang ditumis tadi, masukkan ayam dan masak ayam empuk, masukkan santan, masak sehingga mendidih dan kuahnya sedikit pekat dan kemudian masukkan terung dan kacang panjang.
  4. Masuk garam, gula nisan kerek dan serbuk kiub ayam, dan biarkan masak sekejap.

Ayam goreng harum. Bahan-bahanya:

  • 1 ekor Ayam – potong kecil.
  • Garam- 2 sudu kecil.
  • Kunyit hidup – 2 inci tumbuk lumat.
  • Serbuk kunyit – 1 sudu kecil.
  • Serbuk cili – 1 sudu kecil.
  • Daun kari – 3 tangkai.
  • Tips: Daun kari untuk rasa, bau dan lalat tak suka bau ini.

Cara-cara Penyediaan:

  1. Ayam basuh bersih dan toskan.
  2. Potong kecil dan lumurkan/sapu ayam dgn bahan-bahan diatas dan perapkan sekejap.
  3. Goreng ayam dalam minyak terendam sampai sederhana garing.

Sambal belacan ala kak wok. Bahan-bahanya:

  • 4 biji cili kering – direbus.
  • Cili padi ikut pedas.
  • 2 inci belacan.
  • 1 labu bawang besar dibakar.
  • 1 labu bawang putih dibakar.
  • Gula, garam, perasa.
  • Air asam jawa.

Cara-cara Penyediaan:

  • Blend kesemua bahan diatas kemudian masukkan perahan asam limau kasturi berserta dgn kulitnya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Cikgu Ummi Ziera melalui Medium Page Masak Apa Hari Ini.