Resepi Laksa Kuah Lemak Terengganu

Selamat pagi semua, Pagi ni kan i nak kongsikan kepada anda resepi Laksa kuah puteh atau lebih dikenali sebagai laksa kuah lemak yang sangat popular di negeri Terengganu. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Azzu Riana Kak Long. Terima kasih ya kak long.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • Ikan selayang @ ikan sardin secukupnya.
  • Santan.
  • Air secukupnya.
  • Serbuk lada hitam.
  • 2 keping Asam keping.
  • Bawang besar.
  • Garam.
  • Ajinamoto.

Cara untuk memasaknya:

  1. Rebus ikan selayang dengan asam keping dan garam sikit. Dah masak sejukkan ikan dengan buang tulang dan hanya ambil isinya sahaja.
  2. Kisarkan isi ikan dengan bawang besar bersama sedikit air. Kisarkan sehingga hancur.
  3. Masukkan dalam periuk bahan-bahan yang telah dikisar tadi. Masukkan bersama santan dan air secukupnya. Jangan cair sangat nanti tak sedap nak makan.
  4. Masukkan serbuk lada hitam, 2 keping asam keping serta ajinamoto secukupnya.
  5. Kacau kuah sampai masak. Jangan biarkan nanti kuah tak cantik jadi seperti serawa kalau tak kacau.
  6. Sediakan laksa / Mi kuning dan makan bersama ulam-ulan seperti kacang panjang, kobis dan timun.
Baca juga :  Cara untuk membuat Ayam Masak Rose. Lauk ni memang popular sangat time raya. Memang lejen!

Selamat mencuba ya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.