Resepi kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk membuat Kuih Tradisional iaitu Kuih Lapis Lumut Kacang Hijau. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Siti Hadirah dan menurut beliau;

Jom kita buat Kuih Talam Lumut Kacang Hijau ni. Petang ni kita pi bagi kat jiran tetangga. Kita kumpul Dana Akhirat. Kita guna Loyang 10 x 10 x 2.5 inci tau. Selamat mencuba.

Bahan yang diperlukan untuk Adunan A :- ( Lapisan Kuning )

  • 200 gm gula pasir.
  • 150 gm tepung beras.
  • 100 gm tepung gandum.
  • 1 sudu makan tepung ubi.
  • 250 ml santan pekat.
  • 600 ml air.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu teh pewarna kuning telur atau secukupnya.

Cara – caranya adalah:-

Satukan semua bahan diatas , tapiskan dan jadikan sebanyak 1200 ml. Jika tak cukup boleh tambah air. Kemudian, bahagikan kepada 4 bahagian.

Bahan yang diperlukan untuk Adunan B :- ( Lapisan Hijau )

  • 150 gm tepung kacang hijau.
  • 100 gm tepung gandum.
  • 80 gm tepung ubi.
  • 200 gula pasir.
  • 250 ml santan pekat.
  • 600 ml air.
  • 1 sudu teh garam.
  • 1 sudu teh pewarna hijau epal.

Cara – caranya adalah :-

Satukan semua bahan diatas , tapiskan dan jadikan sebanyak 1300 ml.  Jika tak cukup boleh tambah air. Kemudian, bahagikan kepada 4 bahagian.

Cara Melapis :-

  1. Bahagi setiap adunan kepada 4 bahagian , kukus lapisan kuning dahulu,apabila masak,kukus lapisan kedua adalah hijau.
  2. Ulangi langkah No. 1 hingga ke lapisan ke lapan.
  3. Kukus setiap lapis selama 8 minit – 10 minit & setiap lapisan hendaklah dicakar dengan garfu.
  4. Kukus bahagian ahkir selama 15 minit. apabila masak angkat dan sejukkan di suhu bilik sebelum dipotong dengan Pembaris Talam