Cara manis paling simple. Saya folow resipi dari blog cikgu ani. Tq cikgu ani. #kredituntukcikguani. Saya kongsikan resipinya. Resipi ni memang ngam-ngam untuk sekali makan. Kalau nak lebih boleh gandakan resipinya.

Blend semua bahan:

  • 1 cawan tepung gandum.
  • 1/2 kotak santan pekat (saya pakai kara).
  • 3 sb minyak masak.
  • 1 biji telur.
  • 1 1/2 cawan air pandan (kisar 4/5 helai daun pandan, tapis airnya).
  • Sedikit garam.
  • Pewarna hijau

Cara-cara membuatnya:

  1. Panaskan acuan.
  2. Oles minyak pada acuan menggunakan daun pandan.
  3. Tuang bancuhan, tunggu sehingga bhgn tepi agak mengeras.
  4. Tabur gula pada bhgn tengah yang masih cair (gula akan mendap ke dalam).
  5. Tutup acuan dengan tudung periuk, dalam beberapa minit sehingga semua bhgn mengeras (masak) dan angkat.

* sebab acuan ni direct dapur, jadi sangat senang hangus.

Tips:

Sentiasa pakai api kecil dan setiap kali kuih dah masak, tutup api dapur dulu > angkat kuih > oles minyak > tuang bancuhan > baru buka semula api dapur. Selamat mencuba.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Bonda Dahlia. Terima kasih.