Resepi Ikan Selar Kukus Limau Berapi. Jangan pandang ikan stim ni nampak bodo gitu je taw. Bila dah masuk mulut tu rasa pedas, masam dan masin secukup rasa. Manis je tidak ada sebab cheyah tak letak gula pun.

Lepas tu dengan sampah sarat halia dan bawang kalau kunyah dan telan. Nikmat tak terkata bila angin kus-kus keluar dengan meriahnya. Dah la jom terjah resepi simple ini kat bawah ye. Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Cheyah Saripuddin. Terima kasih.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 1 ekor ikan selar (besar, potong dua).
  • Secubit garam.
  • 1 sudu sos tiram.
  • 2 biji limau nipis.
  • 2 inci halia muda.
  • 1 biji bawang merah.
  • 3 ulas bawang putih.
  • 2 biji cili padi.
  • 2-3 sudu air putih.

Cara penyediaannya:

  1. Potong semua bawang merah, halia dan cili bagi nipis. Bawang putih je cheyah cincangkan.
  2. Masukkan dam mangkuk, letak sis tiram dan sedikit air. Kacau sebati.
  3. Ambil secubit garam. Gaulkan dengan ikan. Curahkan bahan yang kita kacau tadi.
  4. Potong limau tadi dan perah atas ikan. Kukus ikan selama 10-15 minit. Dah siap!

Selamat menjamu selera.