Siapa suka makan Texas Chicken punya Honey Butter Biscuit ni? Dia macam scone tapi yang ni lebih sedap sebab honey dan butter meresap sekali dalam nya. Jom tengok cara-cara untuk membuatnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:

  • 2 1/2 cawan tepung gandum.
  • 4 sudu kecil baking powder.
  • Gula 2 sudu besar (manis ikut suka).
  • butter yang sejuk (115gm / setengah buku).

* gaul semua bahan di atas sampai jadi bread crumbs*

Cara untuk menyediakannya:

  1. Masukan 140gm fresh milk & cuka 2 sudu kecil.
  2. Masukkan dalam loyang hanya pakai sudu/scop sahaja dan tak perlu bentuk.
  3. Bakar pada Suhu 180/15 minit.
  4. Selepas masak, topping atas sapukan butter & honey semasa ianya masih panas ya.

Siap! Dah boleh makan dan yang pastinya boleh berjimat dari segi masa dan juga wang.

*Resepi asal ini disumbangkan oleh Puan Mellisa Mullen melalui Facebook Resepi Air Fryer [Malaysia].