Cara mudah untuk membuat Muruku Mentega yang rangup dan sedap.

Selamat Sejahtera semua. Kali ni kami nak kongsikan kepada anda cara untuk memnbuat Muruku mentega yang sangat rangup dan sedap untuk ada semua cuba.

Terima kasih kepada Page Aku Suka Aku Masak-masak. Kepada pemilik asal resepi ini boleh komen dan kami akan kreditkan kepada anda. Jemput buat dan makan ya semua.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

  • 1 cawan tepung beras disangai.
  • 1/4 cawan tepung urad dhal disangai.
  • 1 sudu besar lemuju disangai.
  • 1/2 sudu besar jintan putih disangai.
  • 4 sudu besar bijan putih disangai.
  • 1 cawan santan pekat panaskan bersama 1 sudu besar garam hingga suam.
  • 3 sudu besar mentega.

Cara-cara untuk membuatnya adalah seperti berikut:

  1. Adun dan gaulkan kesemua bahan kering bersama mentega.
  2. Gunakan sudu dan campurkan santan sedikit demi sedikit dan gaul sehingga adunan lembut.
  3. Jika ada santan berlebihan simpan, hanya gunakan yang perlu sahaja. Bila adunan dan siap, masukkan kedalam acuan dan tekan.
  4. Kemudian, cairkan mentega untuk goreng muruku. Goreng sehingga warna bertukar keemasan dan siap.
Baca juga :  Cara untuk membuat Kuih Popular Malaysia iaitu Tepung Gomak. Sedap sampai taknak berkongsi dengan yang lain.

Selamat mencuba.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Nak Copy Paste ke tu? Usaha la sendiri.