Ada yang nak tau resepi karipap kulit rangup. Ni Saya share resepi yang saya buat niaga untuk customer tempah dan juga untuk katering. Selamat mencuba ya.

Bahan-bahan yang diperlukan dan cara membuatnya:

  1. Kita perlukan 1 kg tepung gandum.
  2. Minyak masak 1 cawan ditambah 3 sudu besar marjerin. Saya guna marjerin Cap Pelangi. Panaskan marjerin tadi sampai berbunyi berdesir. Lepas tu tuangkan atas tepung. Ramaskan dengan hujung jari dan seratakan.
  3. Air biasa untuk menguli mengikut sukatan 1 kg tepung bersamaan 370 ml air dan tambah garam sedikit je.
  4. Ulilah tepung tadi sehingga menjadi doh yang tak lekat kat tangan Jangan lembik nanti susah nak bentuk dan angkat untuk menggoreng.
  5. 1 kg tepung boleh dapat lebih kurang 70 biji karipap. Selamat mencuba ya.

Resepi ini telah dikongsikan oleh Puan Norashikin Abd Malek. Terima kasih ya.